Showing posts with label Lagu Melayu. Show all posts
Showing posts with label Lagu Melayu. Show all posts

Pokok-Meet Uncle Hussain Feat. Hazama


Pokok dari Meet Uncle Hussain (MUH) dengan penyanyi jemputan(dah jadi jemputan pulak)Hazama telah menghasilkan satu lagu yang cukup-cukup mantap,segar dan tidak meleleh.Aku suka!dari segi susunan muziknya lain dari yang lain.Liriknya aku tak berapa faham sangat.Korang tengok sendiri kat bawah ni je lah

Stacy :- Jahat


Stacy Jahat?Tak de la.Ini merupakan single terbaru beliau yang berudul Jahat.Lagu ni mula-mulanya aku ingat pasal laki-laki mempermainkan perempuan.Rupa-rupanya lagu perempuan yang tengah angau.hehehe.Apa dah,kalau dah suka redah je.hehehe

Bunkface:-Extravaganza


Bunkface tampil dengan single terbaru bertajuk Extravaganza.Best!

Tomok :- Berlari

Penyanyi yang bergelar jutawan Tomok tampil dengan 'single' kedua yang berjudul Berlari.Lagu ini memang sangat2 sesuai mereka yang mempunyai kekasih yang main kayu tiga.Bagus jugak lirik ini mengingatkan kita sebab ramai kat luar sana yang lelakinya sampai bergaduh,bertumbuk kerana seorang perempuan.Amende tah diorang ni.Diaorag ni tak tahu ke nisbah lelaki dengan perempuan 1:27.Maknanya sekali petik 27 orang datang tau.(Jgn Marah kaum hawa.he3).Yang perempuan sampai bunuh diri pun ada.Ada tu sampai berkasih dengan kaum sejenisnya.Sebab apa?sebab kecewa dengan lelaki mempermainkan mereka.Jadi lagu ini mengajak kita berfikiran positif apabila berada kecewa dalam bercinta (mcm doktor falsafah la pulak.he3)

Alyah:-Realiti Dewi

Alyah,penyanyi ini telah muncul dengan single terbarunya yang bertajuk  Realiti Dewi.Lagu ini rentaknya rancak dan tidak bosan mendengarnya.Mula-mula aku dengar lagu ini tertanya-tanya juga siapa penyanyinya.Rupa-rupanya Alyah.Sebelum ini lagu-lagunya best tapi 'meleleh-leleh',tapi lagu ini tidak.Lagu ini khas untuk orang nak bercinta saja.Yang mana dah 'pecah' tu,layan je.he3

Mila :- Jika Kau Ubah Fikiran

Mila,penyanyi si kecil molek meletup lagi dengan lagu ini Jika kau ubah fikiran.Lagunya rancak,tak bosan dan 2,3 kali boleh dengar.hehehe.Andai kata kalau betul lah si Mila ni jadi apa yang dinyatakan didalam lirik lagu ni,sebelum subuh aku pergi cari dia.hehehe

Wana & Nashrin :- Ingin Bersama Kembali

Pendatang baru Wana dan Nashrin telah muncul lagu yang berjudul Ingin Bersama Kembali.Mereka berdua ini merupakan artis yang dilahirkan dari sebuah rancangan realiti tv,My Starz Lg.Lagu ini mempunyai susunan melodi yang menarik.
Cuma bagi aku ada agak pelik sikit dengan lagu ini.Biasanya suara wanita lebih tinggi atau nyaring daripada suara lelaki.Jadi setiap lagu duet pastinya suara wanita yang lebih tinggi.Tetapi tidak lagu ini,suara Nashrin lebih tinggi dari suara Wana.Jadi tenggelam pulak suara si Wana ni.Mungkin kehendak komposernya kot.Tak percaya cuba korang dengar!

Akim :- Bengang




Lagu ini sememangnya mempunyai susunan muzik yang menarik dan lirik yang cukup mantap menampakkan betapa bangangnya bengang seseorang itu.Ternyata pendatang baru ini,Akim yang dicungkil bakatnya dalam rancangan realiti tv ini telah membawa lagu ini dengan baik sekali,tapi tu lah tak menang jugak.he3


Siti Nurhaliza feat. Kris Dayanti:- Amarah


Gandingan dua diva Dato' Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti ini sememangnya di tunggu oleh peminat-peminatnya.Memang tidak boleh disangkal lagi kerana kekuatan vokal mereka didalam lagu sememangnya hebat.

Lagu ini kalau dengar memang rasa nak marah.Sebab tu tajuk lagu ini Amarah.he3

Zee Avi :- Kantoi


Zee Avi,penyanyi kelahiran Miri,Sarawak ini membawa satu perubahan nak kata baru tidak juga kerana lagu-lagunya merupakan irama jazz yang sebenarnya telah bertapak di tanah air sejak 40-an lagi.Tetapi kenapa saya katakan perubahan yang baru.Sebabnya dah terlalu banyak atau sentiasa dengar pop,rock dan hip hop. Jadi bila lagu ini berkumandang kita rasa ada satu kelainan yang dibawa didalam industri muzik tanah air.Contoh artis yang membawa perubahan yang lain adalah Yuna.Padahal ia hanyalah 'refresh'.Tetapi apa pun pujian bagi Zee kerana berani tampil dengan irama sebegini.Lagu ini memang 'Sempoi'

Nassier Wahab :-Memori Cinta Luka


Nassier Wahab yang sememangnya seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak.Lagu ini menjadi bukti kerana sehingga hari ini bukan sahaja di stesen radio atau televisyen sahaja berkumandang tetapi di karaoke mewah,pertengahan dan 'jamban' turut juga berkumadang.Kalau tak percaya korang cuba terjah kat tempat ini.Mesti ada punya.hehehe.

Alif Satar :- Jangan Nakal


Single terbaru dari Alif Satar ini telah berkumandang diudara.Susunan lagu yang ringan membuatkan pendengar berasa santai apabila mendengarnya.Lagu ini memang sesuai untuk remaja masa kini tapi untuk pengetahuan semua lagu ini pertama kali saya dengar semasa saya mendengar budak berumur 3 tahun menyanyikan dengan liriknya yang pelat.Lagu yang best biasanya budak kecil pun suka dan tidak dinafikan lagu ini best!

Malique ft.Salam :-Cerita Kedai Kopi


Lagu yang cukup 'sempoi' gandingan DJ Fuzz,Malique dan Salam ni.Lagu berentak reggae ni memberi satu nafas baru kepada dunia muzik tanah air kita.Lagu ini menceritakan tentang kehidupan yang berlaku hari ini.Hayatilah liriknya(bukan norhayati)

Meet Uncle Hussain ft Black :- Drama King



Seperti yang sedia maklum,MUH telah kehilangan penyanyi utama mereka iaitu Lan.Dan MUH meneruskan perjuangan mereka dengan bekerjasama dengan Black,juara Mentor bagi musim ke 3.Lagu ini menarik untuk didengar.

Dato' Siti Nurhaliza:-Ada Masa Mata


Seperti yang kita sedia maklum,setiap kali lagu Dato' Siti Nurhaliza berkumandang di udara pasti akan menjadi hits.Begitu juga dengan lagu yang bertajuk Ada Masa Mata ini.Cuba korang dengar dan nilaikan ye.

OAG-Generasiku

Sememangnya Kumpulan OAG ini sebuah kumpulan indie yang cukup cukup best.Mana taknya,lagu Generasiku sentiasa berkumandang kat stesen tv.lagu ni pun sememangnya best dan enjoy

Tomok:-Rinduku Terhenti(Live)


Siapa sangka penyanyi dari kumpulan New Boyz ini telah menjadi jutawan.Kalau siapa ikuti rancangan OIAM musim ketiga,Tomok bukan lagi membawa lagu mendayu-dayu lagi tapi kebanyakkan lagu yang dibawanya lain dari yang lain.Oklah,kalau nak tahu lagu yang membawa Tomok jadi jutawan ada kat bawah ni,dengarlah sendiri ye.

Ella:-Dua Insan Bercinta


Post kali ni merupakan sebuah lagu lama dari ratu Rock Malaysia,Ella.Lagu Dua Insan Bercinta merupakan sebuah lagu yang sememangnya cukup best dan menjadi siulan sehingga hari ini.

Cuma tulah lagunya tentang dua insan bercinta,tapi penyanyinya masih solo lagi.Diharap dapatlah bertemu jodoh hendaknya,barulah lagu ini bermakna lagi.he3

Nikki:-Cantik

Penyanyi yang berasal dari Sabah ini tampil dengan lagu yang baru yang bertajuk Cantik(maaf lirik tak dapat disediakan.jika ada sumbangan masukkan pada bahagian komen dalam post ini.tq)




Imran Ajmain:-Jika Engkau Pergi

Lagu Jika engkau pergi ini merupakan OST bagi drama Yusuff nyanyian Imran Ajmain



 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template